Saturday, 1 November 2014

Protokol Rangkaian

3.1       Definisi Tcp/Ip
Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer.

Bagaimana Data Dapat di Hantar Melalui Internet?
Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.



  
Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet

TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis.
1.    Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP), mengendalikan penterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikan melalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkan kembali paket ke data yang asal.
2.    Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiap paket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlu mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yang berada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebut berada.